Selasa, 19 Mac 2013

jEnIs dArAh dAn pErWaTaKaN.....=)

ASSALAMUALAIKU......
rasanya dah lama xupdate blog hehehe(almaklumlah sibuk katakan) .....ari ni aku nak share dengan u alls pasai jenis2 darah sesuai dengan perwatakan......hmmm tapi korang jgn ler percaya dgn benda alah ni kalau ade yg TERsama tu maknanya itu semua KEBETULAN.....hmmm aku post ni pun untuk suka2 aje.....sememangnya aku tak suka tgk drah..... aku akn jadi pening dan muka aku automatiknya jadi pucat cam mayat hidup!!! aku pun x thu sejk bila aku jadi takut tgk darah.....hmmmm???



1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers) 
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.  Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.
Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.



2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters).

Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.
Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.





3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan 



(Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.
Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.
Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.
Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.




4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).

Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.
Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.
Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.
Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.Jadi apa jenis darah anda? Penerangan yang betul ataupun tidak? Kongsikan di sini! Paling sedih sapa yang tak tahu jenis darah sendiri.


hmmm aku baru tahu yg jenis darah juga ade effect diet seseorng......




Diet Untuk Golongan Darah 'A'

Makan... semua orang  suka makan. Ada yang makan banyak, tak gemuk-gemuk.. Ada yang makan sikit aje, dah naik berkilo2. Tapi, kali ini bukan nak cakap fasal makanan untuk semua orang. Hanya untuk mereka yang darahnya dalam kumpulan A sahaja.


Dr. Peter J. D' Adamo dalam bukunya, "Eat Right For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996,   menjelaskan; 


2. Diet yang tidak berjaya adalah kerana lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu. Ini membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah.
3. Pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit
4. Pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah dapat:
a. mengembalikan fungsi sistem tubuh 
b. memperbaiki metabolisma tubuh. 
Pemilik jenis darah A disaran mengambil 
i. diet vegetarian 
Diet vegetarian - pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Lektin yang sedikit membantu elakkan masalah perut. Ini kerana golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. 
Lendir - memberi risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. 
ii. Makan dalam kuantiti yang sedikit - ikan dan ayam
iii. Ambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami
iv. Boleh juga makan telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
v. Ambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.Hindarkan makanan :
- hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, 
- cumi-cumi, - daging lembu, - daging salai, - susu, - keju hasil olahan industri, - kacang merah, - roti, - kuih-muih, - kek, - kentang, - mangga, - betik, - jeruk, - pisang, - minyak jagung - minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A
1. Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
2. Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
3. Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
4. Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
5. Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Okey...cukup tu. Lepas ni kena makan lebih sayur nampaknya sebab aku ni darah jenis A. Bagus juga kan bila tahu rahsia ini? Boleh jaga kesihatan. Tapi bab kena minum yogurt tu... ai yaaaa... tapi akan dicuba hehe..

Untuk anda yang berdarah jenis O, AB dan B, sila kelaman terkenal ini untuk baca lebih lanjut. 

ok itu je ler kot ok tatata....=p

Sabtu, 9 Februari 2013

PaRt 1 cUtI SeM......

assalamualaikummm...
dah lama rasanya aku x update blog ni......mklumlah cuti sem.....ade masa kat umah aku akn layan....
  
x punnnn.....

'family outing
mcm2 aktiviti aku di musim cuti ni......ingt aku nak reht ler puas2 tapi bila blik ai tu tetiba lak mama nak buat mjlis kesyukuran bagai aku ingt nak buat mjlis kesyukura kecil-kecilan tapi hambek kau cam kenduri kawen!!! aku plak yg segn bila kawn mama aku ckp aku yg nk bertunang!! -.-'' tu belum dgn kekawan aku yg datang lagi huiiiiissshhhhh!! belajar x abih lagi nak kawen bagai.....

sebelah perempuan....

sebelah lelaki....

posing kak jgn x posing....:P

sebahagian tetamu yg hadir.....


catering jo x mampu nak masak....x-p

 antara gf yg hadir....(yus,ida,cik t n kak mira)

nampak menyelerakan bukan?? hehehe

lpas je majlis tu rasa cam nak tercbut kaki aku....ulang alik.....yg itu panggil....yg ini panggilll....mlm tu aku tidr  degn lena.....


tu je ler kot nnti kita smbung ya...assalamualaikummmmm xoxoxo



Khamis, 10 Januari 2013

kIlLeR SuBjEcT FoR LaSt pAyPeR In eXaM It's OvEr!!

Assalamualaikum.....
semalam 10 Januari tarikh keramat aku dan bebudak kelas BTKT last payperrrrrrrrr for....



perrrhhh kalu ingt balik naik abih bulu tengkuk aku.....'last payper' terasa first payper (serius) sebb time tu penghuni2 BTKT ramai yg x boleh memejamkan mata kerana tersangt takut degn 'last payper' -.-''

'last payper' yg amat menyeramkan dan semasa otw nak ke dwn besr


 maka ramailah yg


ade yg nak....

ditmbah plk dgn skit kepala(al maklumlah x leh nak tidur)


jadi kebnyakan penghuni2 BTKT semlm masuk dewn dgn muka yg tidak bemaya,muka pasghah,muka redha dan seangkatan dengannya.....


aku?? haha lebih teruk dari yg kat atas.....terasa satu sem aku belajar subjek tu aku x tahu apa2 pun sampailah setiap bab subjek killer tu aku boleh cover tuk satu malam(cover ler sgt -.-'') boleh naik giler rasa....what do you aspect that bila subject killer aku boleh khatamkan lam satu malam maknanya lam dewn exam.....

aku pandang lctrr,lctrr pandang aku haha -.-'' adeh tapi keajaiban berlaku bila 


but not for the five minutela tapi bila masa tinggal lagilima belas mint time tu semua idea dtg mencurah-curah aku apalagi buatlah mana yang mampu huhu....keluar je exam

the moral of the story kat sinie jgnlah study last2 minute sobsobsob...so tawakal dan redha je......
oklah itu je kot assalamualaikum.....